Adakah Sherlock Holmes silap besar dalam kesnya yang mashyur? Adakah Hercule Poirot seorang pembunuh? Adakah pembunuh bersiri terkenal Hamlet juga membunuh bapanya? Adakah Oedipus, terkenal kerana membunuh bapanya, tidak membunuh bapanya?
Pengkritik literari Perancis dan psikoanalis, Pierre Bayard, cuba mengolah genre baru dalam dunia literari. Dia memanggil dirinya seorang detektif pengkritik. Dia menyiasat semula plot-plot dalam buku terkenal, sambil membetulkan semula kesalahan penulisnya dan ketidakadilan literari.


Semua penulis tidak boleh dipercayai, Bayard berkata. Penulis tidak semestinya memahami sepenuhnya cerita yang ditulis sendiri.
Bayard, 54, yang mendapat kejayaan di AS dengan buku yang bertajuk, How To Talk About Books You Haven’t Read, baru sahaja menerbitkan buku tersebut di UK dengan ulasan-ulasan menyanjung. Buku-bukunya yang kurang diketahui umum, dikalangan penutur bahasa Inggeris, adalah siri buku-buku menerangkan bagaimana penulis terkenal, dari Shakespeare hingga Agatha Christie, menulis cerita menggunakan fakta yang tidak benar.
Buku terbarunya, diterbitkan di Perancis, mengkaji semula fakta-fakta jenayah dalam buku
The Hound of the Baskervilles oleh Sir Author Conan Doyle. Bayard membuktikan (berdasarkan kepercayaannya) yang anjing pemburu dan tuanya tidak bersalah dalam cerita itu.
Tahniah kepada detektif terkenal dunia yang kurang cekap, pembunuh sebenar masih diluar sana. Tanpa memberikan jawapan sebenar, kes di Dartmoor adalah sebenarnya jenayah balas dendam yang bijak.
Ketidakcekapan Holmes, yang dibuktikan dengan jelas dalam buku tersebut, juga kelakuan balasdendam yang tidak disedari, Bayard mencadang. Conan Doyle mula membenci penyiasat tersebut dan cuba membunuh karaktor itu. Tetapi Holmes tidak mahu mati. Penulis dan penyiasat bertarung sesama sendiri untuk terus hidup, sehingga mereka terlepas pembunuh sebenar.
L’Affaire Du Chien Des Baskervilles (Miniut) melengkapkan siri “English Trilogy” yang dimulakan oleh Bayard pada 1998. Buku pertamanya membuka semula kes awal Hercules Poirot,
The Murder of Roger Ackroyd. Dia secara bernas membuktikan yang fakta kes telah dikumpulkan secara tidak berasas keatas doktor kampung yang baik, sipencerita dan sipembunuh dalam kisah itu. Christie dan Poirot telah membuat tuduhan palsu keatas orang yang tidak bersalah.
Bayard, pengamal psikoanalis, profesor literari, dan penulis, kemudian menumpukan perhatian pada Shakespeare. Tulisannya Enqulte sur Hamlet cuba membela Uncle Claudius dan mencadangkan, tetapi kurang meyakinkan, yang
Hamlet sebenarnya pembunuh bapa sendiri.
”Pendapat asas saya ialah penulisan literari bukannya statik. Semuanya tidak stabil” Bayard beritahu saya. “Saya juga berpendapat, kewujudan cerita yang tidak lengkap, tanda keagungan penulis. Penulisan adalah sebahagiannya tulisan secara sedar, dan sebahagiannya lagi adalah keadaan dimana penulis hilang kawalan atas ciptaan sendiri”
Karya Bayard seterusnya mungkin cuba membetulkan ketidakadilan yang berlaku 2400 tahun lalu. Dia percaya, walauapapun penerangan Sophocles, Oedipus tidak membunuh bapanya. Dia mempunyai ide tersendiri siapa identiti sebenar pembunuh.
Teks asal di The Independent (UK)