
Dari segi pemasaran, ’ekor panjang’ adalah sempena berjuta-juta pelanggan kecilan yang membeli hasilan kreatif yang kurang laris, namun secara kolektif memainkan peranan penting didalam perniagaan hasil kreatif.
Promosi ‘niche’ memang sesuatu yang biasa didalam perniagaan hasil kreatif, tetapi bila Anderson, editor majalah Wired dari California, mengajukan satu ungkapan baru untuk menerangkan pembelian dan penjualan buku dan lagu kurang laris, dia berhasil memberi makna baru pada konsep sedia ada, dan juga beberapa teori berguna yang mendokong pasaran jualan internet. Pergisiran antara Microsoft dan Google membuatkan kajian beliau menjadi sebutan lebih ramai orang.
Analisa Anderson terhadap pasaran massa juga tepat pada masanya. Dengan kemunculan abad baru, filem, buku, program televisyen dan pengedaran musik terpaksa menerima kenyataan bahawa era ‘blockbuster’ telah tamat. Secara kesuluruhan, jualan terlaris menjunam sehingga 25 peratus, menggugat perniagaan kedai buku dan lagu secara tradisi.
Lebih dari itu, Anderson adalah orang pertama mengenali kepentingan ruangan rakbuku tidak terhad yang ada diinternet. Bertajuk ’how endless choice is creating unlimited demand’, ini mungkin satu pendapat optimistik tentang pasaran umum.
Tidak sehingga penerbitan buku The Tipping Point oleh Malcolm Gladwell, ungkapan yang sering digunakan sekarang, ianya menghasilkan imaginasi ramai penggiat hasil kreatif. Terutamanya dikalangan mereka yang melihat kedai buku terpencil, umpamanya, sebagai pintu ke dunia baru dimana permintaan hasil kreatif akan terbuka luas. Anderson dilihat sebagai suara kebenaran dan penyelamat kepada peminat hasil kreatif minoriti.
Tidak sepadat buku Gladwell, dan ditujukan pada dunia buku bisnes, disulam dengan analisa ekonomi, teknologi dan psikologi budaya-pop, buku Anderson ini sesaui untuk dibaca dalam penerbangan yang jauh dan mungkin boleh menjadi bahan bualan di persidangan pemasaran untuk bertahun-tahun lamanya.
1 comment:
Sdr Isunik, terima kasih berkongsi ulasan buku ini. Menarik. Akan saya senaraikan dalam wishlist - walaupun latar belakang statistik saya sekadar mengkaji statistik blog :) dan latar belakang ekonomi/pemasaran apatah lagi - zero.
Post a Comment