Jawapan-jawapan untuk soalan-soalan mencari harta buku bulan May 2009. Penyertaan amat menggalakkan. Dan peraduan ini akan diteruskan untuk bulan-bulan berikutnya.
Soalan 1 (4 markah)
Kongsi Buku di facebook, satu atau lebih;
Jemput kawan, jemput semua;
Catatan rakan, semua dikira;
Lagi banyak, lagi kami suka;
Jawapan untuk soalan 1:
Ini adalah soalan arahan. Ada logo kongsi buku di facebook di laman buku b3lima. Sekiranya anda klik pautan facebook tersebut, anda akan sampai ke laman kumpulan kongsibuku facebook. Soalan ini mengarahkan anda untuk kongsi buku anda dilaman kumpulan facebook tersebut. Yang paling banyak membuat catatan mengenai buku di laman itu akan mendapat markah untuk soalan ini. Catatan dari rakan-rakan juga diterima.
Soalan 2 (2 markah)
Beruang putih, tidak bernyawa;
Tinggal di muzium, satu negara;
Berikan buku, tajuknya mungkin serupa;
Darah pejuang orang utara, mestilah ada;
Jawapam untuk soalan 2:Dilaman facebook yang sama untuk soalan satu, anda akan dapat lihat link ke laman peribadi saya di facebook. Gambar yang terdapat dilaman itu adalah seekor beruang putih yang saya catatkan sebagai gambar disebuah muzium di Oslo. Oslo adalah ibunegara Norway yang terletak disebelah utara eropah. Penduduk dikawasan tersebut lebih dikenali sebagai orang Viking di zaman dahulu kala. Ini adalah petunjuk untuk soalan ini.
Jawapan untuk soalan ini adalah mana-mana buku yang mana tajuknya mestilah mengadungi nama "Viking". Untuk mencari buku agak mudah anda hanya perlu ke laman b3lima/amazon dan buat carian "Viking" disitu.
Soalan 3 (2 markah)
Kedai ini mungkin telah dibeli oleh lembaga pengurusan
Jawapan untuk soalan 3:
Sekiranya pihak pengurusan membeli syarikat yang diuruskan dari pihak pemegang saham syarikat, istilah niaga yang digunakan adalah Management-Buy-Out atau ringkasannya MBO. Jadi jawapan untuk soalan ini adalah MBO Book Centre Sdn Bhd, sebuah kedai yang tersenarai dilaman kedai b3lima ini.
Soalan 4 (2 markah)
Berita untuk ahli sufi sahaja?
Jawapan untuk soalan 4:
Jika kita berbicara mengenai pengaruh Sufi, Jalaluddin Rumi diketahui ramai mempunyai pengaruh yang kuat dalam perkembangan ajaran ahli Sufi.
Jawapan untuk soalan ini adalah Rumi Newstand sebuah kedai yang tersenarai dilaman kedai b3lima ini.
Soalan 5 (2 markah)
Dulu bank, kini jual buku juga?
Jawapan untuk soalan 5
Oversea Chinese Bank Corporation atau OCBC adalah sebuah bank besar di Singapura. Jawapan untuk soalan ini adala Overseas Chinese Book Store atau OCBS sebuah kedai yang tersenarai dilaman kedai b3lima
Soalan 6 (2 markah)
Buku terbaru paling pelik diberi nama, berapakah agaknya bayaran untuk membaca?
Jawapan untuk soalan 6:
Ada satu anugerah buku yang diberi untuk Oddest Title of the Year. Judul terbaru yang diberi anugerah ini adalah The 2009-2014 World Outlook for 60-Milligram Containers of Fromage Frais.
Untuk mengetahui harga buku ini mudah sahaja. Buat carian di laman b3lima/amazon dan catatkan harga yang tersenarai.
Jawapan untuk soalan ini adalah $795.
Soalan 7 (2 markah)
Kod rahsia pelukis tersohor masih menjadi tanda tanya. Ceritera seterusnya mungkinkah jawapannya?
Jawapan untuk soalan 7:
Sekirang anda meminati filem the Da Vinci Code, anda mungkin tahu bahawa Leornado Da vinci adalah pelukis tersohor bangsa Itali yang mempunyai peranan dalam jalan cerita filemn tersebut. Filem ini berasaskan buku yang mempunyai tajuk yang sama ditulis oleh penulis Dan Brown.
Dan Brown telah menulis buku terbaru bertajuk the Lost Symbol, yang diwar-war kan sebagai cerita seterusnya untuk buku The Da Vinci Code. Anda boleh mendapatkan butiran buku ini di laman b3lima/amazon.
Oleh itu jawapan untuk soalan ini adalah The Lost Symbol.
Soalan 8 (2 markah)
Politik pejabat jadi jenaka;
Lama sungguh, 20 tahun agaknya;
Helaian banyak perlu dibaca;
Berapa jumlah jika dikira?
Jawapan untuk soalan 8:
Jika anda meminta lakaran jenaka(humour strip), anda mungkin tahu mengenai Dilbert. Lakaran jenaka Dilbert berkisar mengenai politik di pejabat.
Jika anda buat carian buku mengenai Dilbert di b3lima/amazon, ada satu buku bertajuk Dilbert 2.0: 20 years of Dilbert. Jawapan untuk soalan ini adalah 576 mukasurat. Maklumat ini terdapat di butiran mengenai buku tersebut di b3lima/amazon.
Soalan 9 (2 markah)
Anda dihutan sedang mencari;
Satu sahaja pilihan dihati;
Serahkanlah kesini untuk diamati;
Betul caranya, 2 markah kami beri
Jawapan untuk soalan 9:
Ini adalah satu soalan arahan. Baris satu memberi arah anda untuk ke b3lima/amazon atau hutan. amazon adalah sebuah hutan di amerika selatan. Baris dua mengarahkan anda memilih satu tajuk buku di laman b3lima/amazon.. Baris tiga mengarahkan anda memberitahu kami tajuk buku yang sudah anda pilih. Namun baris empat mengarahkan anda memberitahu kami dengan cara yang betul.
Cara yang betul untuk memberitahu kami tajuk buku tersebut adalah dengan klik butang "bayar tunai" yang terletak disebelah kanan laman dan ikut arahan emel. Anda tidak perlu membeli buku yang anda pilih.
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment