Wednesday, May 6, 2009

Cari harta buku dan dapatkan Rm200 tunai

Pertanding berakhir hari ini 29 May 2009. Sila lihat jawapannya di sini.

----------------------------------------------------------------------------
Sebagai dijanjikan, peraduan mencari harta buku bulan May 2009 di buka untuk pendaftaran. Berpandukan pertandingan bulan April 2009 dan menggunakan format yang sama, berikut adalah terma dan syarat pertandingan untuk May 2009.

Siapa boleh bertanding?
Mempunyai akaun emel yang sah dan ada akaun dengan bank yang berdaftar di Malaysia. Peserta hanya boleh mendaftar satu emel sahaja.

Agihan Hadiah?
Hadiah maksima adalah Rm200 untuk seorang pemenang sahaja. Jumlah hadiah akan diberikan mengikut jumlah peratusan (%) jawapan yang tepat. Contoh: Jika pemenang mendapat 80% jawapan tepat, hadiah tunai yang akan diberikan adalah Rm160 sahaja.

Tempoh Pencarian Jawapan
Tempoh peraduan adalah sehingga 29 May 2009, Jumaat 8 malam. Namun setiap peserta hanya diberikan masa 5 hari untuk menjawab semua soalan. Masa 5 hari dikira dari tarikh dan waktu pendaftaran diterima oleh B3LIMA.

Cara pendaftaran
Hantar emel ke isunik@b3lima.com dengan tajuk "Mencari Harta Buku May2009". Satu emel balas, menandakan pendaftaran diterima oleh B3LIMA akan dihantar berserta soalan-soalan, pukul 9 malam pada hari yang sama.

Keputusan Peraduan
Keputusan peraduan dan pemenang adalah muktamad. Setiap peserta tertakluk pada terma dan syarat diatas. Sekiranya terma dan syarat tidak dipatuhi, peserta akan terkeluar dari peraduan secara automatik.

B3LIMA tidak bertanggungjawab atas kerosakan teknikal pada emel atau laman web semasa peraduan dijalankan.


Nota tambahan
Gunakan laman http://b3lima.com ATAU http://www.b3lima.com untuk mencari jawapan. Kedua-dua laman web berbeza dan sedang diselenggara tetapi mengandungi jawapan yang sama.

Petunjuk pertama:
Anda mungkin perlu berdaftar dengan facebook.


Selamat mencuba!

No comments: