Friday, May 1, 2009

Jawapan dan Pemanang Peraduan Mencari Harta Karun (kemaskini)

Tiada pemenang untuk peraduan bulan April kerana tiada peserta yang dapat menjawab semua 5 soalan dengan tepat. Dari jawapan yang diterima, peserta yang menjawab soalan-soalan, saya fikir pernah menyertai peraduan seumpamanya diluar. Kepada yang belum pernah, anda boleh lihat jawapan dibawah sebagai contoh bagaimana untuk mencari jawapan yang tepat.

Oleh itu hadiah untuk bulan April akan saya bawa kedepan untuk peraduan bulan may 2009. Hadiah untuk bulan May akan digandakan kepada rm200. Sila ikuti blog ini.

-----------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kerana menyertai peraduan ini. Setahu saya ini kali pertama peraduan mencari harta karun diadakan dialam maya. Oleh itu banyak lagi perkara boleh dibaiki untuk penganjuran berikutnya. Betul.... b3lima akan menganjur peraduan serupa setiap bulan, dengan format yang sama. Tapi soalan dan bentuk hadiah yang berlainan, semestinya. :-)

Untuk yang kurang pasti bagaimana soalan untuk dihasilkan, anda boleh merujuk kelaman ini sebagai pengetahuan umum. How To Treasure Hunt in Malaysia

Pemenang, jika ada, akan diumumkan hari Isnin, sebab hari ini cuti umum. Jadi ada aktiviti luaran yang perlu dilakukan untuk hujung minggu ini. Dibawah adalah jawapan dan penerangan mengenai jawapan yang betul.

Soalan 1
Buku hutang jumpa rumah di laman sesawang.

Jawapan:
Buku hutang juga dikenali sebagai "Buku Tiga Lima". Laman sesawang adalah terjemahan bahasa untuk World Wide Web (wwww). Rumah adalah "home". Oleh itu soalan diatas mencari alamat internet (home address) untuk "buku tiga lima" di www.

Ada tiga jawapan yang betul:
1) www.b3lima.com
2) b3lima.com
3) buku.b3lima.com - ini adalah laman web untuk blog "Buku Tiga Lima"


Petunjuk:Jawapan untuk soalan (1) yang Utama

Oleh kerana ada tiga (3) jawapan yang boleh diterima, laman sebenar untuk mencari jawapan 2 hingga 5 adalah laman yang Utama. Laman yang Utama adalah main domain, kerana laman buku.b3lima.com adalah sub domain. Oleh itu jawapan untuk soalan 2 hingga 5 boleh ditemui di b3lima.com atau www.b3lima.com.

Soalan 2
Roti kosong dan teh tarik dibongkar. Ini Satu Baru Naik?

Jawapan:
Roti kosong dan teh tarik adalah sinonim dengan perniagaan kedai mamak. "dibongkar" disini maksudnya rahsia yang kini diketahui ramai. Ayat pertama sebenarnya mengarahkan jawapan kepada sebuah buku bertajuk, Rahsia Bisnes Mamak (Katalog: PTS002). Tetapi soalan sebenar adalah pada ayat kedua. Ayat kedua kalu diambil huruf besar akan menjadi ISBN. Oleh itu jawapan sebenar untuk soalan ini adalah nombor ISBN untuk buku Rahsia Bisnes Mamak.

Jawapan yang betul adalah ISBN 978-983-3586-75-2

Soalan 3
Baik untuk pasukan darah tanpa susu?

Jawapan:
Bila kita minum kopi O atau teh O, tidak ada susu dalam minuman tersebut. Oleh itu "darah tanpa susu" adalah "darah O". Jawapan yang dicari adalah buku berkaitan dengan darah O, iaitu sebuah buku bertajuk "Jus Sihat Untuk Golongan Berdarah O" (Katalog: SYN012)

Jawapan yang betul adalah Jus Sihat Untuk Golongan Berdarah O.

Soalan 4
Ambil dua Kursus Lima Hari Berfikir masuk troli. Berapa Jumlah Tempahan (RM)?

Jawapan:
Ini soalan arahan yang agak mudah. Ada sebuah buku bertajuk Kursus 5 Hari Berfikir (Katalog: GOL004). Arahan sebenar soalan adalah "Ambil dua buku ini klik butang masuk troli". Sekiranya anda melakukan itu, troli disebelah kanan akan menunjukkan anda telah pilih buku ini. Sekiranya anda lihat "Jumlah Tempahan (RM)" di bawah troli, jumlah yang dipaparkan adalah 35. Jawapan RM35, RM35.00 atau 35.00 tidak diterima.

Jawapan yang betul adalah 35.

Soalan 5
Pergi kehutan hujan dan bayar tunai. Jumpa RID?

Jawapan:
Ini juga satu soalan arahan. Hutan hujan disini sebenarnya mengarahkan anda untuk memilih katalog B3LIMA/amazon. Kawasan Amazon di Amerika Selatan sebenarnya adalah satu kawasan hutan hujan. Sekiranya anda telah pilih katalog tersebut, anda dapat lihat butang "bayar tunai". Anda perlu klik butang ini dan emel akan dihasilkan. Anda tidak perlu menghantar emel tersebut, kerana soalan ingin tahu apakah nombor RID yang tercatit didalam emel. Didalam tajuk emel anda akan dapat lihat RID sebagai B35ANNNN atau B35AXXXX, bergantung bagaimana anda sampai ke katalog tersebut.

Jawapan yang betul adalah B35ANNNN atau B35AXXXX

Promosi sikit:
Seperti yang anda lihat di soalan lima, nombor RID akan dicatatkan dalam setiap tempahan buku yang dibuat dilaman ini. RID sebenarnya nombor Rakan B3LIMA untuk peserta program affiliate tersebut. Inilah caranya laman ini memastikan setiap Rakan B3LIMA akan mendapat komisen mereka sekiranya ada pengunjung yang datang dari pautan b3lima (HTML link code) di web/blog/laman sosial/emel membeli dan mebayar tunai buku yang dibeli.

Sekiranya anda berminat menyertai program ini sila lawat program affiliate b3lima.

Sekali lagi terima kasih yang mengambil bahagian. Kepada yang berjaya, kita akan tahu Isnin ini, emel akan dihantar untuk mendapatkan nama penuh anda dan nombor akaun bank.

Anda dipelawa untuk menyertai peraduan akan datang.

No comments: