Soalan 1 (2 markah)
Jika berani mencapai harapan, namakan buku sebuah pemikiran.
Jawapan:
"Berani menggapai harapan" adalah tajuk bahasa Melayu, untuk buku "The Audacity of Hope" yang ditulis of Presiden AS, Obama. Tajuk penuh buku adalah "The Audacity of Hope: Thoughts on Reclaiming The American Dream". Buku ini memaparkan pemikiran Obama.
Soalan 2 (2 markah)
Dengan kekuatan hurufnya, dinegara Jerman ia timbul.
Jawapan:
Jika anda masih ingat cerita P Ramlee, Nujum Pak Belalang, ada satu soalan yang ditanya kepada Nujum yang perlu dia jawab untuk mempertahankan negara Sultannya. Soalan tersebut adalah "dimanakah letaknya kekuatan Hang Tuah". Nujum Pak Belalang dengan selamba menjawab soalan bocor tersebut dengan jawapan kekuatan Hang Tuah ada pada haruf "T".
Sekiranya anda buat carian "Hang Tuah" di B3Lima/Amazon, anda akan dapat sebuah buku dalam bahasa Jerman bertajuk "Malaiische Chronik: Hang Tuah (German Edition)". Inilah jawapan kepada soalan ini.
Soalan 3 (2 markah)
Hasilan Google di selfon pintar, hanya tulisan pakar boleh diterima.
Jawapan:
Selfon (telefon bimbit) pintar atau smartphone berfungsi seperti PC. Untuk selfon pintar berfungsi seperti itu ia memerlukan "operating system (OS)" sepertimana PC memerlukan Window atau Mac untuk berfungsi. Ada beberapa OS digunakan oleh selfon pintar dan salah satu OS tersebut, Android, dibentuk dan didokong oleh Google.
Sekiranya anda buat carian "Android" di B3Lima/Amazon, ada akan dapat lihat beberapa tajuk buku. Jawapan kepada soalan ini adalah buku mengenai Android yang bertajuk Pro Android. Perkataan "pro" adalah bermaksud "pakar" dalam kontek ini.
Soalan 4 (2 markah)
Semua bahasa satu dunia, mungkin buku angkasa boleh diteroka
Jawapan:
Jika anda peminat dalam pengkajian bahasa, perkataan "semua bahasa" didalam bahasa Inggeris adalah "omniglot". Perkataan "omniglot" dihasilkan dari sebuah laman yang membincangkan semua bahasa didunia ini. Laman tersebut adalah www.omniglot.com.
Sekiranya anda buat carian "Omniglot" di B3Lima/Amazon, ada satu buku bertajuk The Intergalactic Omniglot (Yearling Books). Kemungkinannya inilah buku untuk semua bahasa di angkasa?
Soalan 5 (2 markah)
Ceritera dikampung riuh sedunia. Nama buku sudah dijangka. Berapa helai perlu dibaca?
Jawapan:
Agak mudah mencari jawapannya sekiranya anda dapat menangkap klu yang di berikan. Cerita kampung yang dikenali di banyak negara adalah "The Kampung Boy" oleh kartunis Lat.
Sekiranya anda buat carian "Kampung Boy" di B3Lima/Amazon, dan baca maklumat penuh buku ini, anda akan dapat tahu jumlah mukasurat buku ini adalah 144 muka surat. Itulah jawapannya.
Terimakasih kepada yang mencuba. Boleh cuba lain kali untuk yang tidak berjaya.
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment